Selamat Datang ke Komuniti Penduduk Taman Citrina

Kami mengucapkan selamat datang ke laman web Persatuan Penduduk
Taman Citrina Bernam Jaya.

Assalamualaikum w.b.t.

“Citrina Harmoni, Ukhuwah Sejati”

Ucapan syukur atas nikmat dan izin Allah SWT, melalui kerjasama dan sifat tolak ansur ahli- ahli penduduk taman serta khusus buat barisan Ahli Jawatankuasa yang sentiasa tabah dan bertanggungjawab dalam menjalankan amanah, Jawantankuasa Persatuan Penduduk Citrina telah dapat menggalas mandat yang diberikan melalui pelaksanaan program dan aktiviti bermanafaat disepanjang tahun 2024 dan sehingga kini.

Matlamat utama penubuhan Persatuan ini bertujuan meniup roh keharmonian dan kemuafakatan bersama bagi meningkatkan tahap silaturrahim serta memperkasakan nilai-nilai murni kekeluargaan, kejiranan dan kemasyarakatan dan akhirnya menjurus ke arah pembentukan perpaduan dan ukhuwah sejati.

Kejayaan meningkatkan kawalan keselamatan melalui lantikan syarikat kawalan keselamatan dan penggunaan palang autogate yang lengkap dengan pemasangan CCTV telah memberikan impak yang besar kepada tahap keyakinan keselamatan dan kesejahteraan penduduk amnya.

Seterusnya, Jawatankuasa telah mewujudkan webpage Taman Citrina sendiri yang boleh dilayari oleh tuan/puan melalui pautan: https://ppcb.litera.my (Disertakan manual penggunaan untuk kefahaman bersama).

Tuan/Puan yang budiman, perjuangan ke arah kebaikan ini masih belum berakhir, dan masih ada lagi ruang-ruang penambaikan yang perlu disegerakan tindakan bersama. Saya amat yakin dengan kebolehan, komitmen serta semangat jatidiri yang tinggi barisan kepimpinan ahli-ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh tuan/puan, kejayaan pasti akan tercapai, inn shaa Allah.

Akhir kalam, saya amat mengharapkan agar keikhlasan dan kegigihan yang ditampilkan oleh barisan ahli Jawantankuasa persatuan ini dapat dihargai melalui kerjasama yang erat oleh tuan/puan yang dirahmati Allah selalu.

Wassalam

MOHD DIAH BIN ABAS

Pengerusi

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Citrina

Bernam Jaya (Baru)

https://ppcb.litera.my/

Shape Image
Shape Image

Panduan Pengguna

Anda boleh memuat turun panduan pengguna di sini:

Dokumen Berkaitan

Perlembagaan Bagi Persatuan Penduduk Taman Citrina Bernam Jaya (BARU)

Muat Turun

Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984

Muat Turun

Undang-Undang Malaysia Akta 832

Muat Turun
Shape Image
Shape Image